Seramai 210 pelajar di Sabah & Sarawak baru-baru ini telah terlibat di dalam Kem Kewangan Fun For Life yang diadakan di Kota Kinabalu, Miri dan Sibu.
Melalui kem kewangan ini, para peserta telah mempelajari kemahiran-kemahiran asas dan tabiat kewangan yang penting melalui aktiviti interaktif selain menerima bimbingan untuk menyediakan pelan kewangan mereka.